anakbungarampai87

Thursday, February 10, 2011

bab 4 : pengasasan Melaka

assalamualaikum...2day ana pertama kali mengajar... bab 4 : pengasasan kerajaan Melaka...tp setakat ni nak tulis pasal mcm mn Parameswara blh sampai ke Melaka...

  • Paramewara merupakan pemerintah Palembang. Apabila Srivijaya diserang oleh kerajaan Majapahit, Parameswara pun melarikan diri ke Temasik. Temasik merupakan kerajaan di bawah naungan Siam.
  • Kedatangan Parameswara ke Temasik disambut dengan baik oleh Temagi, pemerintah Temasik. Parameswara melihat potensi Temasik untuk maju dan berhasrat untuk menuntut hak pertuanan terhadap Temasik memandangkan Temasik pernah berada di bawah naungan kerajaan Srivijaya suatu masa dulu.
  • Temagi dibunuh. Pembunuhan tersebut telah menyebabkan kerajaan Siam marah dan kerajaan Majapahit ingin menakluki Temasik. Parameswara melarikan diri ke Muar.
  • Muar tidak sesuai untuk dijadikan negeri maka Parameswara bergerak menuju ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam.
  • Akhirnya Parameswara sampai ke sebuah perkampungan orang Melayu, orang Laut dan orang Asli.
  • Parameswara berhasrat untuk mendirikan sebuah negeri kerana : 
  1. kedudukan yang strategik - dekat dengan laut n sesuai sbg laluan kapal dagang.
  2. bekalan air bersih mudah didapati.
  3. bentuk muka bumi yang berbukit bukau dijadikan petunjuk bagi nelayan dan urusan mengawal Selat Melaka.
  4. pokok bakau dan api2 yg dijadikan benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi.
  5. muara sungai yang terlindung daripada tiupan angin monsun yang tidak menganggu kegiatan perdagangan.
  • k, semua....setakat ni je hari ni yer...t ana menulis lagi ea...